Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, May 19, 2009

Abang najib Penakut?


Apalah nasib orang-orang UMNO-BN yang mendapat Presiden yang penakut! Lantaran tempiasnya dirasakan oleh kita sebagai rakyat Malaysia kerana mendapat Perdana Menteri yang bacul! Belum pun tiba hari pertandingan, PM baru kita ni sudah 'angkat kaki' tanda mengaku kalah dengan membuat kenyataan bahawa UMNO-BN mungkin tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil di Pulau Pinang ekoran peletakan jawatan seorang ADUN disana iaitu ADUN PENANTI.

Antara alasan alasan murni dari Abang najib dan geng geng angguknya:-

  • Sudah terjawab teka teki iaitu hari ini Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang.
  • DS Najib menganggap pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja .
Alasan yang kononnya paling kukuh diberikan Abang NAJIB ialah jika pilihanraya dibuat, maka wang rakyat akan habis dibelanjakan dan itu hanyalah satu mainan politik dari pihak pembangkang.Habis.. kalo ianya bukan mainan politik pembangkang, mainan politik sape?hahaha.... Itu alasan orang yang penakut la!

Sebetulnya, sindrom kekalahan empat pilihan raya kecil di semenanjung selepas pilihan raya umum ke-12 mungkin membuatkan Barisan Nasional (BN) mulai serik untuk bertarung lagi di gelanggang demokrasi. BN mulai ditimpa nasib malang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh kemudian diikuti di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Bekas PM dulu, Tun Mahathir tak setuju dengan alasan NAJIB tu dengan berkata bahawa "Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah! Bagus jugak pemikiran Mahathir dari pemikiran kolot PM baru kita!

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger