Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Friday, December 11, 2009

Lebih 200 ekar Tanah Orang Melayu Akan Menjadi Korban Pembangunan

KUALA TERENGGANU – Seramai 500 orang penduduk Kampung Pak Bang dan Kampung Che Long dekat sini akan menjadi pelarian ditanah air sendiri, berikutan keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu mahu meneruskan pembinaan terminal pengangkutan dan kompleks pejabat kerajaan yang baru.

Tanah seluas lebih 200 ekar tanah milik orang Melayu akan menjadi korban pembangunan tersebut.

Mereka yang ditemui Buletinonline kelmarin merasa begitu gelisah kerana beberapa rumah di persekitaran itu, telah pun diukur dan dibayar pampasan.

”Dia (kerajaan) ambil (secara) berkelompok, (satu-satu) pejabat yang berkaitan, handle (ambil bahagian),

”jadi lima keluarga sahaja yang kena, jadi kita nak buat, nak ambil (tindakan) tak boleh,”kata wakil penduduk terbabit, Zolkepli Yusof (gambar kiri), meluahkan kegelisahannya.



Menurutnya sekurang-kurangnya dua buah rumah telah menjadi mangsa pembangunan tersebut dan sah diambil semula oleh kerajaan.

Beliau berkata, mengikut pelan yang ditunjukkan kepadanya, kampung beliau, Kampung Pak Bang dan kampung bersebelahan, Kampung Che Long akan diambil keseluruhannya.

Isunya, kata beliau, adalah pengambilan tanah dengan harga yang murah dan janji Menteri Besar Dato’ Ahmad Said serta Pengarah UPEN yang berjanji akan memberi tanah ganti kepada mereka.

”Pengambilan tanah dengan harga yang murah, pokok dan lain-lain (harta) dia tak bayar, dia nilai tanah sahaja,

”hok (milik) saya (yang telah diambil) dia bayar RM6.45 sen sekaki persegi,”celah seorang lagi penduduk, Abdul Ghani Muda (gambar kanan), warga emas berusia 67 tahun.

Kata Zolkefli, dengan nilaian pampasan tanah yang diberi itu, penduduk tidak akan mampu membeli sebarang tanah tempat tinggal lain disekitar Kuala Terengganu.

”Kalau kita kira, kalau dia (kerajaan) ambil tanah kita, kita nak beli tanah lot lain, tak boleh nak beli, dengan harga ini (tersebut),”jelasnya.

Selain itu, katanya, kerajaan telah melakukan satu ketidakadilan dengan menyekat para penduduk disitu mengubah syarat tanah sejak 20 tahun lalu, walaupun pembangunan yang dirancang belum dilaksanakan.

”Sebenarnya perkara ini sejak zaman (Tan Sri) Wan Mokhtar lagi dia (kerajaan) sekat, dia tak bagi buat rumah, maknanya 20 tahun lepas lagi dia sekat, tak beri tukar syarat,

”yang (tanah) saya ni dua kali dah masuk pejabat (cuba) untuk tukar syarat (tapi) tak boleh, jadi kita tak puas hati,”ujarnya.

Oleh yang demikian, beliau dan seluruh penduduk kampung menggesa supaya Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dan Pengarah UPEN supaya mengotakan janji mereka.

Beliau berkata, Ahmad dan Pengarah UPEN telah berjanji untuk memberikan ‘tanah ganti’ dalam satu perbincangan telah diadakan diantara penduduk dengan kedua-dua mereka kira-kira setahun yang lalu.

”Menteri Besar sendiri datang ke rumah saya berbincang berkenaan masalah ini, (Dato’) Ahmad sendiri yang mari, dengan Pengarah UPEN Puan Lhatijah, malam tu,

”Ahmad Said pun tanya Puan Khatijah, kat mana gok kata, tanah sesuai untuk ganti tanah,

”jadi dia (Ahmad Said) berjanjilah nak baeri tanah di sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas bagi tanah ganti kepada penduduk,”

”Sekarang ini, setelah setahun, tak ada apa-apa,”jelasnya.



credit buletinonline

Wednesday, December 2, 2009

Konsert Piala Monsun Dilanda Ribut Monsun

KUALA TERENGGANU – Konsert Piala Monsun yang diadakan di Dataran Shahbandar disini semalam 1 Disember, dihentikan kerana dipukul ‘ribut monsun’ musim tengkujuh.
Konsert yang tidak mendapat sambutan, anjuran bersama kerajaan negeri dengan majalah URTV cuba diteruskan walaupun hujan ‘gelombang ketiga musim tengkujuh’ turun tanpa henti sejak kelmarin.

Dengan kehadiran tidak lebih 200 orang dan dimulakan agak lewat, konsert yang akan memperkenalkan 12 peserta kejohanan perahu layar itu dihentikan setelah keadaan cuaca tidak dapat dikawal.

(Kemaskini - Gambar-gambar dan video klip sekitar ribut di Dataran Shahbandar)


Hujan mula turun kira-kira jam 10 malam disertai angin yang bertiup kuat, namun penyanyi yang beraksi ketika itu berkata ‘kita berdoa supaya hujan akan berhenti’ dan kalau hujan ‘kita akan basah bersama’.

Sebaliknya, hujan turun semakin lebat dan angin semakin kuat, menyebabkan penonton ‘bersegera’ meninggalkan lokasi.



Pada jam 10.35 malam, pengumuman dibuat menyatakan konsert terpaksa dihentikan kerana sebab-sebab keselamatan.
Berikutan hujan lebat turun selama 30 minit, kawasan sekitar Dataran Shahbandar telah bertukar ‘menjadi kolam’ kerana dibanjiri air.

selanjutnya..click here

Thursday, November 26, 2009

SPR,UMNO cuba meletakan maruah Perlembagaan Negeri Dibawah Kaki Mereka.?


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.


-------------------------------------------------------


Anak betina UMNO/BN ini sudah tentu tersengih-sengih menampakan barisan gigi karatnya setelah Mahkamah Rayuan hari ini memihak kepadanya untuk "menangguhkan" Pilihanraya DUN Kota Sputeh setelah Mahkamah Tinggi mengisytiharkan ianya "kosong" setelah Adun lamanya "ponteng" persidangan DUN 2 penggal berturut-turut..

Apa yang belegar dikepala hotak ini..apakejadahnya "penangguhan" tersebut perlu dilakukan..?

Jika diteliti hujah dari Peguam Kanan Persekutuan Kamaludin Mat Said..

"wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat."

"Jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam."

"Jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan."
-------------------------------------------------------
Pelik tapi inilah realitinya..
Pihak UMNO dan SPR cuba untuk menjatuhkan maruah Perlembagaan Negeri dengan tindakan pelik tetapi diterima oleh Mahkamah..
Jika UMNO dan SPR ini mengetahui akan berlakunya pembaziran dana awam dan akan wujud dua wakil rakyat seandainya rayuan mereka dibenarkan setelah Pilihanraya diadakan mengapa perlu dikemukakan rayuan tersebuat ..?

Akur sajalah keputusan Mahkamah Tinggi..
Perkara pokok yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi adalah SPR cuba mengingkari arahan Speaker DUN..

Hujah SPR bahawa tidak perlu diadakan pilihanraya baru akan membazirkan dana awam langsung tidak dipandang oleh Hakim Mahkamah Tinggi...Kenapa?

Apabila seorang Adun cuba menghina DUN dengan mempersendakan perjalanan sidang DUN dengan suka-suka dia cuti tanpa kebenaran speaker DUN...padahal dia sudah mengangkat sumpah untuk menghormati DUN..sesudah sumpah diangkat dia pula cuba nak jadi "kepala besar"..lebih besar dari Speaker DUN..

Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah sudah menetapkan bahawa..Adun seperti ini ..yang berkelakuan seperti ini..tidak layak untuk mewakili rakyat untuk hadir ke dewan mulia DUN Kedah..

Beginikah wakil rakyat yang dapat memikul amanah yang diberi oleh rakyat..?
Lebih baik dibazirkan dana awam dari membayar gaji dan elaun kepada Adun yang tidak dapat memikul amanah rakyat serta tidak memuliakan DUN Kedah padahal Negerinya sendiri..

Mahu sahaja mulut ini ingin membisikan sesuatu kepada baginda Sultan Abdul Halim..buang sahaja orang sebegini dari menjadi rakyat Kedah..lucutkan nama tempat lahirnya didalam ic yang mencatatkan Negeri Kedah sebagai tempat kelahiranya..
Ini kerana..menghina DUN Kedah serta Perlembagaan Negeri..samalah juga menghina Sultan yang menjadi tonggak teraju DUN dan Perlembagaan Negeri Kedah..

Apa yang pasti..SPR dan UMNO masih mempunyai banyak masa dan ruang untuk mencari hujah baru utk memastikan Perlembangaan DUN Kedah diperkotak-katikan oleh mereka..sesudah mereka ini mencemari DUN Perak..


Friday, October 30, 2009

HIMPIT 2009

Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2009



antara gambar-gambar yang sempat diambil...

Tapak perkhemahan peserta HIMPIT 2009








antara ribuan pemuda yang hadir... tahniah!









Ketua pemuda Pusat merasmikan program...





<
Aktiviti sukan.. Polo bermotosikal...
ARC club...

Perlawanan bola sepak pantai..




Tuesday, September 15, 2009

Mirzan Menconteng Arang Ke Muka “fundamentalis Muslim”.???


Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, rakyat rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak .



Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”.

Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.

Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.

Di dalam al-Qur’an Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak , berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).

Di dalam sebuah hadis dinyatakan:
“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak keatas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT).

Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. Sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentang dengan Islam meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan Mirzan, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri) yang acap kali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.

Dr.Muhammad Nur Manuty
Pengerusi,
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR
14 September 2009


seterusnya..boleh baca kt
http://themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/37549-mirzan-says-san-miguel-stake-is-just-business
Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger