Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Friday, December 11, 2009

Lebih 200 ekar Tanah Orang Melayu Akan Menjadi Korban Pembangunan

KUALA TERENGGANU – Seramai 500 orang penduduk Kampung Pak Bang dan Kampung Che Long dekat sini akan menjadi pelarian ditanah air sendiri, berikutan keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu mahu meneruskan pembinaan terminal pengangkutan dan kompleks pejabat kerajaan yang baru.

Tanah seluas lebih 200 ekar tanah milik orang Melayu akan menjadi korban pembangunan tersebut.

Mereka yang ditemui Buletinonline kelmarin merasa begitu gelisah kerana beberapa rumah di persekitaran itu, telah pun diukur dan dibayar pampasan.

”Dia (kerajaan) ambil (secara) berkelompok, (satu-satu) pejabat yang berkaitan, handle (ambil bahagian),

”jadi lima keluarga sahaja yang kena, jadi kita nak buat, nak ambil (tindakan) tak boleh,”kata wakil penduduk terbabit, Zolkepli Yusof (gambar kiri), meluahkan kegelisahannya.



Menurutnya sekurang-kurangnya dua buah rumah telah menjadi mangsa pembangunan tersebut dan sah diambil semula oleh kerajaan.

Beliau berkata, mengikut pelan yang ditunjukkan kepadanya, kampung beliau, Kampung Pak Bang dan kampung bersebelahan, Kampung Che Long akan diambil keseluruhannya.

Isunya, kata beliau, adalah pengambilan tanah dengan harga yang murah dan janji Menteri Besar Dato’ Ahmad Said serta Pengarah UPEN yang berjanji akan memberi tanah ganti kepada mereka.

”Pengambilan tanah dengan harga yang murah, pokok dan lain-lain (harta) dia tak bayar, dia nilai tanah sahaja,

”hok (milik) saya (yang telah diambil) dia bayar RM6.45 sen sekaki persegi,”celah seorang lagi penduduk, Abdul Ghani Muda (gambar kanan), warga emas berusia 67 tahun.

Kata Zolkefli, dengan nilaian pampasan tanah yang diberi itu, penduduk tidak akan mampu membeli sebarang tanah tempat tinggal lain disekitar Kuala Terengganu.

”Kalau kita kira, kalau dia (kerajaan) ambil tanah kita, kita nak beli tanah lot lain, tak boleh nak beli, dengan harga ini (tersebut),”jelasnya.

Selain itu, katanya, kerajaan telah melakukan satu ketidakadilan dengan menyekat para penduduk disitu mengubah syarat tanah sejak 20 tahun lalu, walaupun pembangunan yang dirancang belum dilaksanakan.

”Sebenarnya perkara ini sejak zaman (Tan Sri) Wan Mokhtar lagi dia (kerajaan) sekat, dia tak bagi buat rumah, maknanya 20 tahun lepas lagi dia sekat, tak beri tukar syarat,

”yang (tanah) saya ni dua kali dah masuk pejabat (cuba) untuk tukar syarat (tapi) tak boleh, jadi kita tak puas hati,”ujarnya.

Oleh yang demikian, beliau dan seluruh penduduk kampung menggesa supaya Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dan Pengarah UPEN supaya mengotakan janji mereka.

Beliau berkata, Ahmad dan Pengarah UPEN telah berjanji untuk memberikan ‘tanah ganti’ dalam satu perbincangan telah diadakan diantara penduduk dengan kedua-dua mereka kira-kira setahun yang lalu.

”Menteri Besar sendiri datang ke rumah saya berbincang berkenaan masalah ini, (Dato’) Ahmad sendiri yang mari, dengan Pengarah UPEN Puan Lhatijah, malam tu,

”Ahmad Said pun tanya Puan Khatijah, kat mana gok kata, tanah sesuai untuk ganti tanah,

”jadi dia (Ahmad Said) berjanjilah nak baeri tanah di sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas bagi tanah ganti kepada penduduk,”

”Sekarang ini, setelah setahun, tak ada apa-apa,”jelasnya.



credit buletinonline

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger