Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, August 31, 2009

1malaysia - harga petrol naik - Najib


Hadiah sempena menyambut bulan ramadhan dan kemerdekaan UMNO....

1malaysia - Rakyat didahalukan..pencapaian diutamakan....[Rosmah]

Rakyat Didahalukan..Minyak Dinaikan - Muhyiddin

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.



Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

Rakyat didahulukan - Berbuka, sahur ubi kayu ?

malaysia merdeka 52 tahun?malaysia maju?


SIMPANG RENGGAM: “Ramadan, Aidilfitri atau hari biasa, bagi kami semuanya sama kerana sudah biasa hidup susah tiada makanan,” kata Jumak Sinari, 54, menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu.

Saban hari, dia bersama isteri, Salbiah Md Jamil, 49, dan tiga anak yang kini menumpang di sebidang tanah berhampiran Taman Rekamas di sini, hanya mampu makan nasi dicampur ubi kayu termasuk untuk berbuka puasa dan menyambut Aidilfitri.

Menu mereka hanya berubah jika ada insan prihatin memberikan beras dan lauk.



Jumak berkata, kedaifannya bukan saja menyebabkan dia tidak mampu menyediakan bekalan elektrik dan air, malah tiga anaknya kini tidak bersekolah.

Sebelum ini, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, tapi secara tiba-tiba kaki kanan sakit hingga akhirnya tidak boleh memakai kasut sejak empat tahun lalu.

“Apabila hanya memakai selipar, majikan mengenakan pelbagai tindakan hingga saya dibuang kerja dan sejak itu hidup kami sekeluarga terumbang-ambing,” katanya.

Menurutnya, selepas dibuang kerja, tiga anaknya, Hanisa, 16, Mohamad Arif, 15 dan Mohamad Arshad, 12, terpaksa berhenti sekolah kerana dia tidak mampu menampung perbelanjaan mereka.

Keluarganya pula terpaksa menumpang tanah orang dengan membina pondok buruk dan menanam ubi kayu.

“Tuan tanah membenarkan kami menumpang dan mengusahakan sedikit tanah untuk menanam ubi kayu dan hasilnya akan dibahagi dua.

“Sehingga kini, itu saja sumber pendapatan kami kerana isteri dan tiga anak tidak bekerja. Tiga anak yang lain sudah berkahwin dan ada menghulurkan bantuan, namun kami faham mereka sendiri menghadapi masalah untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya.

Setakat ini, katanya, dia belum pernah meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal kerana tidak tahu caranya.

Salbiah pula berkata, dia pernah ke beberapa agensi kerajaan lain untuk mendapatkan bantuan, namun permohonannya tidak dilayan.

“Saya tak sekolah tinggi, jadi saya tidak tahu macam mana cara nak dapatkan bantuan.

“Hanya baru-baru ini, saya diberitahu boleh mohon bantuan Baitulmal atau JKM tapi tak tahu caranya.

“Sebelum ini saya pernah ke pejabat pihak berkuasa tempatan untuk mohon bantuan tapi saya bukan dibantu tetapi dimarah.

“Berikutan itu, saya berharap sangat pihak yang mempunyai peruntukan dapat membantu kami. Berilah peluang kepada kami meraikan Aidilfitri kali ini seperti orang lain,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati keluarga itu menghuni rumah yang tidak sempurna, malah sebahagian kediaman itu tidak mempunyai atap dan dinding, manakala lantai masih berlubang.

www.hmetro.com.my

Sunday, August 30, 2009

Kalau yang ni Islam... wanita ini wajib disebat - Najib


Wanita mabuk berang kereta ditunda

KUALA LUMPUR 30 Ogos — Seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dengan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya telah ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi ini.

Wanita itu bertindak sedemikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletakkan di kawasan yang menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.



Namun wanita, dalam lingkungan 30an itu, berjaya ditenangkan kemudian oleh rakan-rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis.

Gelagat wanita ini antara yang dapat disaksikan dalam operasi mingguan yang dijalankan polis trafik Jalan Bandar yang diketuai oleh Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Ahmad dan dibantu oleh 25 orang pegawai dan anggotanya.

Operasi tiga jam itu yang bermula kira-kira pukul 12.30 malam dijalankan di sekitar pusat bandaraya antaranya di Jalan Pinang, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan Ipoh.

Rusli berkata sebanyak 170 saman dikeluarkan kerana meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas dimana empat buah kenderaan telah ditunda.

Saman itu turut dikenakan kepada pemandu teksi yang terus berdegil menunggu di tempat yang tidak dibenarkan selain mengganggu lalu lintas dengan meletakkan kenderaan di beberapa buah pusat hiburan terkenal di bandaraya ini, katanya.

“Kami akan bekerjasama kelak dengan persatuan pemandu teksi supaya anggota mereka mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata operasi berkenaan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memberi kesedaran kepada pengguna agar mematuhi peraturan dan undang-undang di jalan raya.

— BERNAMA

Saturday, August 29, 2009

Ibadat Puasa Berupaya Jadikan Umat Islam Lebih Berperkerti Mulia - Najib & Rosmah

[Gambar lama..skg dh insap]

PEKAN, 29 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ibadat puasa berupaya menjadikan umat Islam lebih berpekerti mulia agar terus dihormati penganut agama lain.

Beliau berkata bulan Ramadan bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi merupakan satu kaedah tarbiyah yang mampu mendidik seorang Muslim dari segi rohani, jasmani dan emosi

"Menerusi ibadat puasa, umat Islam akan lebih tinggi kualiti peribadinya.

"Hanya yang mempunyai kualiti peribadi yang disukai Allah seperti amanah, tawaduk, pemurah, cintai perpaduan, sifat yang terpuji untuk peribadi seorang Muslim," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan golongan miskin di Masjid Kampung Sungai Miang, dekat sini, pada hari Sabtu.


Terdahulu beliau menunaikan sembahyang Isyak dan berterawih di masjid berkenaan.

Najib berkata umat Islam juga perlu menjadikan bulan puasa sebagai bulan untuk lebih membantu golongan yang memerlukan.

"Bagi kerajaan, bulan Ramadan memberi kesempatan untuk kita menjalankan program yang menekankan soal "infak" (memberi) - pemberian segala-gala pemberian," katanya.

Seramai 94 golongan warga emas, ibu tunggal dan golongan miskin menerima bantuan pada majlis berkenaan.

Sebelum itu, Najib berbuka puasa dan menunaikan sembahyang magrib di Masjid Kampung Merchong, dekat sini.

-- BERNAMA


Pelantikan Idris celarukan Kabinet - Najib & Rosmah


SHAH ALAM- Pas menyifatkan pelantikan Pengarah Urusan Malaysia Airlines System (MAS) Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kelmarin, amat mengelirukan rakyat.

:Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan apabila bertindak melantik Idris untuk membantu seorang anggota Kabinet yang juga bertaraf Menteri.

:“Adalah sesuatu yang pelik apabila Menteri melaporkan kepada bosnya yang juga Menteri, seorang Menteri saya rasa sudah memadai, saya tak faham apa keperluan (Tan Sri) Koh Tsu Koon berada di tempatnya itu,” katanya semalam.


:Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan yang mengumumkan pelantikan Idris sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri, kelmarin.

:Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

:Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

:Mengulas lanjut. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pelantikan tersebut juga melambangkan bahawa kerajaan tidak mampu melaksanakan janji untuk mengecilkan anggota Kabinet sebagai mana yang dijelaskan oleh Perdana Menteri sejurus mengumumkan Kabinetnya, baru-baru ini.

:“Bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu (Najib) kata nak kecilkan Kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri, beliau hanya pandai berjanji tetapi tidak melaksanakan apa yang disebut,”katanya.

:Bagaimanapun katanya, beliau mengakui bahawa Idris mempunyai kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu berkhidmat di syarikat minyak Shell namun, prestasinya tidak berapa baik sewaktu menerajui MAS.

:“”Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS saja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan :bakar,”katanya.


Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger