Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, August 16, 2010

Ya Ramadhan..Tuhan masih lagi memberi peluang bertemu mu..


Ya Ramadhan..Tuhan masih lagi memberi peluang bertemu mu..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullah.. Syukur pada Allah, Tuhan sekalian 'alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu 'alihi Wasallam, tidak lupa kepada pejuang-pejuang agama Allah yang masih hidup @ yang telah pergi menemui Ilahi.

Ramadhan datang lagi. Dalam detik hari-hari yang berlalu dengan begitu pantas, berjumpa lagi kami dengan mu ya Ramadhan, dengan izin Allah. Moga kali ini lebih baik dari sebelumnya, amin Ya Rabb. Pada permulaan Ramadhan ini, mungkin ramai saudara-saudara seagama sibuk dengan pengisian demi pengisian sebagai makanan rohani ini. Moga Allah Mencurahkan rahmat-Nya ke atas diri kita bersama.

Jadikanlah dalam diri ini sesuci-sucinya bagi menggapai rahmat,redha dan keampunan daripada Allah. Sesungguhnya telah hilang dalam hati-hati manusia itu untuk menghayati Ramadhan kecuali bagi hamba-hamba yang mengetahui akan kelebihannya dan Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam.

“Sekiranya umatku mengetahui kebaikan di dalam bulan Ramadhan nescaya mereka menginginkan agar sepanjang tahun semuanya menjadi Ramadhan.”

Mungkin lebih sukar perjalanan kali ini bagi sahabat-sahabat seperjuangan dalam menempuhi medan masing-masing. Moga Allah tabahkan hati kalian dalam perjuangan Agama ini. Perjuangan ini bukanlah sesuatu yang indah dan senang dalam melaluinya. Akan tetapi perjuangan ini kita sanggup susah kerananya dan kita sanggup bebankan diri kerananya hanyalah sebagai tanda kita amat mencintai akan Allah dan Rasul-Nya dan menyayangi akan agama Islam ini.

Besarlah pahala bagi hamba-hamba-Nya yang sentiasa bersabar dan berjuang di jalan-Nya. Berbuat baiklah sesama manusia walau siapapun mereka dalam menyampaikan risalah Islam. Moga Islam itu dapat dihayati dan dijulang tinggi, walau dituntut seribu pengorbanan dan kesusahan. Moga keampunan Allah sentiasa bersama kita. Amin.

Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan keatas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

…SALAM RAMADHAN…

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger