Planet7Oz On line casino
-
Planet7Oz On line casino Checking out other planets is one thing the
majority of people is only able to dream of. But for you, it’s truth – now
you’ve came...
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
LATIHAN SUKAN PASTI CAWANGAN BERMULA LAGI
-
Mac 2015 - Persiapan Sukan PASTI Kawasan Dungun
PASTI Cawangan-cawangan pada bulan ini bersiap melatih pemain bola sepak &
bola jaring di PASTI masing-m...
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai
-
*KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi
membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) agak k...
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013
-
Seluruh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat
berserta semua anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia mengucapkan Selamat
Men...
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat
-
Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير ...
Boikot Media : Wajar walau sudah terlewat!
-
Setelah jenuh berperang dengan media yang memberikan laporan tidak seimbang
barulah kini timbul kembali isu boikot media. Jika tidak salah mendengar,
ra...
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
TAKZIAH Kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu
DUNGUN – PAS Mengucapkan takziah kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 Terengganu Ustaz Satiful Bahari Mamat atas kemalangan menimpa beliau sekeluarga. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani turut mengucapkan takziah kepada keluarga.
Wan Rozami Wan Abdul Latif dan Zaradi b. Su, yang turut diduga dengan ujian dari Allah itu”Kita (PAS) ucap takziah (kepada keluarga) dan sedekah al-Fatehah kepada (ketiga-tiga) anak-anak yang meninggal dunia (kerana lemas),”katanya ketika ditemui di Kampung Pinang Merah, dekat sini semalam.
Ketua Cawangan PAS kampung tersebut, Wan Mohd Adib Wan Zin berkata, empat orang anak-anak tersebut telah bermain di sungai Paka, berhampiran kampung itu kira-kira pada waktu Asr’ petang semalam.”Apabila, barangkali, ketiga-tiga kawannya telah lemas, anak Ustaz Satiful yang kecil telah berlari ke masjid untuk memberitahu para jamaah yang baru selesai solat Asr’,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline.
Beliau berkata, setelah itu, para jamaah masjid dan orang kampung segera menjalankan usaha mencari dan menyelamat dengan dibantu oleh Kelab Penyelam Terengganu (Terengganu Divers Club) serta kerjasama pihak keselamatan Polis dan Bomba, yang turut menghulurkan bantuan. Katanya ketiga-ketiga anak-anak yang terlibat adalah rakan sebaya dan sekampung serta belajar disekolah yang sama, iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.
Menurutnya, mereka adalah Wan Mohamad Wajihidun Wan Rozaimi, 10 tahun, Muhammad Saifuddin Satiful Bahari, 10 tahun dan Sharif Hidayat Zaradi, 9 tahun.”
Mayat pertama yang ditemui kira-kira jam 8.50 iaitu anak Ustaz Satiful dan dalam setengah jam kemudian, anak saudara kita Wan Rozaimi pula dapat ditemui,”jelasnya.
Jenazah kedua-dua anak tersebut telah disempurnakan kira-kira jam 1.30 pagi hari ini (9 September) dengan solat jenazah di imamkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib.
Kira-kira 50 orang jamaah turut menunaikan solat jenazah itu yang turut dihadiri adalah Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.
Sehingga kedua-dua jenazah tersebut disempurnakan sepenuhnya kira-kira jam 2.00 pagi, rakan mereka Sharif Hidayat Zaradi yang masih hilang dan belum ditemui.
No comments:
Post a Comment