Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Thursday, September 3, 2009

Duit raya RM37.23 juta kepada peneroka Felda-talian hayat najib

Duit raya RM37.23 juta kepada peneroka Felda.. yang tidak mengikuti tanaman semula bersama felda.. dapat rm150 aje - Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian wang raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mulai minggu depan.

Pengagihan wang raya itu bermula sejak tahun 2003.

"Pada tahun ini, kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Felda di sini, hari ini.

Najib berkata, seramai 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta.

"Seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta," katanya.

Najib berkata, perbezaan kadar bayaran itu adalah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh peneroka yang menyertai program bersama Felda.

Katanya, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka sebelum Aidilfitri di rancangan-rancangan Felda seluruh negara.

Perdana Menteri berharap pemberian itu dapat meringankan beban kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menyambut hari lebaran.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda dalam usaha memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan," katanya. - Bernama


No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger