Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, September 1, 2009

Bahana Dadah - Budak 3 tahun mati ditikam bapa saudara - Al-fatihah

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai mati dibunuh oleh bapa saudaranya ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di Kampung Melayu di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi apabila mangsa didatangani bapa saudaranya seorang penagih tegar lalu menikam mangsa dengan pisau di bahagian rusuk kanannya.



"Mangsa sedang menonton TV bersama nenek saudaranya manakala bapanya sedang tidur tidak jauh dari situ. Tiba-tiba suspek muncul dengan sebilah pisau dan terus menikamnya. "Neneknya yang melihat kejadian itu terus memeluknya sebelum memangkunya keluar untuk mendapat pertolongan. Keadaan mangsa ketika itu berlumuran darah.

"Bapa mangsa yang kemudiannya menyedari kejadian tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Gua Musang, tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Aziz berkata, sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu, polis bergegas ke rumah mangsa dan menahan suspek berusia 22 tahun.
"Kita masih menyiasat motif pembunuhan," katanya. - Bernama

No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger