Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, June 8, 2009

Umno tiup serunai tak perlu kita menari


credit to biaqpila

UMNO/PAS: Jangan jadi umpama monyet di zoo - Iskandar

“Musuh-musuh mahu PAS lemah. Musuh-musuh mahu Pakatan (Rakyat) berpecah. Mereka wujudkan isu. Mereka umpankan kita dengan isu. Kerajaan perpaduan dan mungkin perlantikan Pesuruhjaya (PAS negeri). Tetapi malang sekali bagai monyet di zoo yang menyambar pisang apabila dibaling, kita menyambar umpan musuh. Kemudian mereka meniup serunai, kita pun menari bagai ular tedong.” (Iskandar, ADUN Chempaka, Selangor)



Ini juga yang ingin saya perkatakan. Sebelum dan sepanjang Muktamar Tahunan PAS 55 di Shah Alam, pelbagai isu dan spikulasi timbul. Saya dapat simpulkan bahawa ada segolongan para ahli, penyokong dan perwakilan yang hadir sudah masuk perangkap UMNO/BN yang sengaja mencipta isu.


Maka bersorak-sorailah juak-juak UMNO/BN justeru kerana berjaya menghiruk-pikukkan muktamar tahun ini. Sebelum muktamar berlangsung, akhbar-akhbar ‘jahanam’ mereka terus menerus mencipta istilah, aliran, golongan, kumpulan, itu ini, si fulan itu dan si fulan ini.


Mengapa terjadi sebegini? Mengapa UMNO/BN dan tangan-tangan ‘jahanam’ mereka begitu sibuk dengan PAS dan kepimpinannya? Tidak lain tidak bukan ianya kerana PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sudah menunjukkan bahawa gabungan ini boleh memimpin negara. UMNO/BN tahu bahawa jika mereka tidak ‘menjalankan perang saraf’ serta mencucuk jarum ‘jahanam’ mereka, BN akan hancur pada pilihanraya umum ke-13 nanti.


Munculnya pelbagai istilah (saya tidak gemar untuk menyebutnya) merupakan gerakan halus dan jahat akhbar-akhbar jahanam UMNO/BN. Kumpulan itu, kumpulan ini. Penyokong si fulan, anti itu dan anti ini. Semuanya sekadar istilah dan momokan UMNO/BN. Mengapa pemimpin, ahli dan penyokong PAS termakan racun pemikiran yang ditaburkan?


“Kemudian mereka meniup serunai, kita pun menari bagai ular tedong.”

credit
http://biaqpila.blogspot.com/2009/06/umno-tiup-serunai-tak-perlu-kita-menari.html

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger