Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Thursday, June 4, 2009

Stadium dan Idris jusoh



3 projek mega dipantau


KUALA TERENGGANU 3 Jun - Bimbang dengan kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam berulang, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan kerja Raya (JKR) memberi perhatian ke atas tahap keselamatan beberapa projek mega yang baru siap di negeri ini.

Tiga projek yang tahap keselamatannya menjadi persoalan sekarang adalah terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Gong Badak, Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok dan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.






Dato' Seri Idris Jusuh yang cukup pupolaris dengan motto "IMPIAN MENJADI KENYATAAN", "MENCIPTA TAMADDUN MEMAHAT SEJARAH", "TIADA HALANGAN HANYA PELUANG", "TERENGGANU BISTARI ISLAM HADARI" dengan membangun Terengganu yang tidak terfikir oleh rakyat Terengganu menjadi wirid wajib oleh pemimpin umno trg......



Datok deris tolong jawab persoalan dari MB kita ni....

"Tidak tahulah sama ada bumbung tercabut dipukul ribut, tapi kita kena tengok takut ada masalah lain. Kita bimbang juga sebab semua bangunan ini baru belaka.

''Mungkin buatannya kasar sangat atau ada perkara yang tidak betul. Arkitek sepatutnya mengambil kira faktor cuaca. Terengganu berada di tepi pantai, angin monsun bertiup kuat dan ini akan membebankan struktur bangunan. Sepatutnya binaan mesti lebih kukuh," ujarnya."


Datok MB bukannya apa tu...risau duit dah banyak habis dilabur utk projek mega tapi hasilnya..hahah amat amat memalukan....

last2 si arkitek dan JKR dipersalahkan... mana pegi pegawai JKR yang sain surat kelulusan keselamatan?sihat ke tidak?haha

menurut sumber dari kosmo online pulak...

Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim mengesahkan perkara itu dan berkata, bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil tersebut.

Katanya, mengikut amalan kerja, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.

"Hanya kemudahan seperti trek, padang selain beberapa tempat di luar stadium telah diberikan sijil itu. Sijil itu telah dikeluarkan semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei tahun lepas.

"Bumbung stadium belum diberikan sijil tersebut kerana masih dalam tempoh kecacatan (jaminan)," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meninjau stadium berkenaan semalam. - Bernama.



gambar sewaktu majlis penutup sukma... nasib baik bumbung tak runtuh... walaupun bumbung itu masih lagik dalam temph kecacatan[jaminan]hahaha

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger