Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, June 22, 2009

Roslan dan Pok Rosli Dipecat



KUALA TERENGGANU 21 Jun - Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru.

Beliau menggantikan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said pula dilantik Bendahari menggantikan Senator Datuk Roslan Awang Chik.


Jawatan Ketua Penerangan disandang oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menggantikan Datuk Zuber Embong.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pelantikan tiga pemimpin itu merupakan antara usaha memantapkan jentera parti.

Katanya, pengumuman mengenai pelantikan pemimpin lain bagi mengisi beberapa jawatan penting akan dibuat selepas ini.

''Keputusan itu dibuat bagi memastikan kedudukan UMNO kembali mantap selain sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama badan perhubungan itu di ibu pejabat UMNO Negeri di sini malam ini.

Ini merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Hishammuddin selepas mengambil alih jawatan sebagai pengerusi baru.

Turut hadir Timbalan Pengerusi, Datuk Ahmad Said, ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua sayap terdiri daripada Pemuda, Wanita dan Puteri.

Semua Ketua UMNO Bahagian kecuali Besut, Datuk Seri Idris Jusoh hadir dalam mesyuarat berlangsung sejam itu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, mesyuarat berkenaan juga membincangkan beberapa agenda termasuk hala tuju dan program yang bakal diadakan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ia juga bertujuan memastikan barisan kepimpinan yang ada dirapatkan selaras dengan kehendak ahli dan rakyat di peringkat akar umbi yang mahukan jentera parti dimantapkan khusus dalam menghadapi cabaran mendatang.

''Kami juga mahu memastikan perpaduan sesama sendiri kembali utuh kerana apa yang penting sekarang ialah perpaduan dan kekuatan parti dan bukannya memperjuangkan kepentingan individu tertentu," katanya.

Hishammuddin berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan Melayu Terengganu dalam tempoh terdekat bagi membuktikan Melayu di negeri ini tetap teguh.

Bagaimanapun, katanya, tarikh perhimpunan itu akan ditentukan kemudian.


hahahaha.... himpunan geng2 rasuh... ape lagi.. kasi dakwa laa dimahkamah dua insan ini..

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger