Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, June 15, 2009

Mohammad Nizar dihalau keluar Dewan



Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 15 Jun – Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diperintah keluar Dewan hanya selepas 10 minit mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat arahan demikian kerana tidak berpuas hati terhadap bekas Menteri Besar Perak itu kerana dikatakan menjadi punca beberapa ahli Parlimen pembangkang memakai lilit kepala dengan perkataan 'Bubar DUN.'

Turut diarah keluar ialah empat wakil rakyat pembangkang lain yang memakai lilit kepala itu. - Utusan






Gara-gara lilitan Bubar DUN, Nizar diarah keluar Dewan Rakyat..
Diarah keluar tidak sampai 5 minit selepas angkat sumpah MP baru
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang media di lobi Parlimen bersama sebahagian ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas diarah keluar dari Dewan oleh Speaker kerana ingkat arahan supaya menanggalkan lilitan ‘Bubar DUN’–fotoTHE STAR oleh Raja Faisal Hishan


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan “bubar Dewan Undangan Negeri” sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya menanggalkan lilitan “BUBAR DUN” Perak.

Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok “F”.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang enggan mematuhi arahan Speaker supaya tidak memakai lilitan itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).

Ada wakil rakyat yang mengikat pada kepala dan ada yang memakai pada lengan masing-masing.

Malah Dewan Rakyat juga mengarahkan sekumpulan tetamu yang hadir, dipercayai penyokong Pakatan Rakyat dari Perak yang turut memakai lilitan “BUBAR DUN”.

Insiden itu menyebabkan sesi soal jawab soalan lisan tertangguh 15 minit.

http://www.mstar.com.my


No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger