Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Sunday, June 21, 2009

AWAS-SPR kasik Pelekat kereta percuma?


SPR Agih Pelekat Kenderaan Pengundi Selepas Hari Penamaan Calon untuk melancarkan perjalanan proses kerja kerja mengangkut pengundi pengundi hantu.

KUALA KRAI, 21 Jun (Bernama) -- Penggunaan pelekat kenderaan membawa pengundi akan diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) buat pertama kali pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini.

Pengarah SPR Kelantan, Ab Rahim Md Salleh berkata, pelekat berwarna khas itu akan diagihkan kepada semua parti bertanding selepas hari penamaan calon pada 6 Julai.





Katanya, wakil daripada setiap parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil N41 berkenaan boleh mendapatkan pelekat itu di Bilik Gerakan Pejabat Pegawai Pengurus Kuala Krai di sini.

"Sehingga kini sebanyak 100 keping pelekat diperuntukkan untuk diagihkan SPR kepada setiap parti dan jumlah itu dijangka mencukupi untuk petugas parti kerana kita tidak boleh mengagihkan terlalu banyak pelekat atas tujuan utama mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan pengagihan pelekat berkenaan yang dikeluarkan dengan saiz yang sama mengikut warna mewakili parti termasuk Bebas akan membolehkan kenderaan itu memasuki laluan ke pusat pengundian, menurun dan mengambil pengundi di lokasi yang ditentukan.

"Penggunaan pelekat itu...diharap dapat diikuti oleh semua petugas parti dan jangan ada lagi yang melekatkan logo atau lambang parti pada kenderaan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, mereka yang melanggar peraturan boleh ditahan dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Selain itu Ab Rahim berkata, meja semakan khas SPR yang diwujudkan khusus untuk pengundi di DUN berkenaan menyemak status pengundian masing-masing telah dibuka seminggu yang lalu.

Ab Rahim berkata, sebanyak tiga meja telah dibuka setiap hari secara bergilir-gilir merangkumi kesemua sembilan kawasan peti undi di DUN itu.

"Pengundi boleh mula menyemak status masing-masing, pusat mengundi, saluran serta nombor siri mereka di meja semakan status itu," katanya.

Sementara itu Ab Rahim turut mengingatkan kesemua parti yang bertanding supaya tidak meraih undi atau berkempen pada hari pengundian.

Beliau berkata, arahan berkenaan yang mula dipraktikkan di Pilihan Raya Kecil Penanti baru-baru ini akan turut dilaksanakan di Manik Urai.

Menurutnya, suasana tenang dan aman pada Pilihan Raya Kecil Penanti diharap turut dilalui di Manik Urai meskipun dalam keadaan senario politik dan kempen berbeza apabila Barisan Nasional (BN) akan turut bertanding.

Ab Rahim berkata, sehingga kini terdapat 12,293 orang pengundi yang berdaftar di DUN Manik Urai dengan jumlah pengundi Cina seramai 45 orang, India, 26, dan selebihnya pengundi Melayu.

Selain itu beliau berkata, seramai 400 kakitangan yang dilantik dari luar SPR untuk membantu menguruskan perjalanan pilihan raya kecil berkenaan.

-- BERNAMA

No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger