Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Saturday, May 23, 2009

Saingan empat penjuru di Penanti

kemaskini 12.32pm Selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi ini, empat orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini layak bertanding, demikian diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Roslan Yahaya.
Mohd Saberi Othman, seorang bekas pembantu Tun Abdullah Ahmad Badawi di kawasan parlimennya di Kepala Batas, dibatalkan borang pencalonannya.

Sebab penolakan tersebut belum dapat dipastikan, setakat ini.

Keempat-empatnya akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei - kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.

Proses penamaan calon sejak 9 pagi mencipta kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris - calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak - turut mencuba nasib sekali lagi di kerusi DUN Pulau Pinang itu.



Dua lagi calon bebas, bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah (foto atas, bertudung merah jambu) dan bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari dijangka akan memberi saingan kepada Mansor (foto bawah, berbaju biru).

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang turut mengiringi calon PKR mendapat sambutan meriah dengan jeritan "bubar (DUN) Perak" para penyokong.

Tokoh-tokoh kanan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan sokongan kepada Mansor yang mempertahankan kerusi parti itu - satu daripada tiga DUN bawah parlimen Permatang Pauh.

Kerusi tersebut kosong selepas wakil rakyat PKR Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatan ADUN 16 April lalu di tengah-tengah kehangatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger