Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Sunday, May 10, 2009

kenyataan ketua pelacur dan peliwat demokrasi perak! wanita mengandung dilarang untuk membacanya

KENYATAAN AKHBAR

YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

7hb Mei 2009

Saya ingin menjelaskan beberapa insiden yang berlaku dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini. Pihak Yang DiPertua Dewan YB R. Ganesan terpaksa memanggil bantuan polis dan kakitangan kerajaan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Ketua Polis Negeri serta lain-lain kakitangan kerajaan yang terlibat ke dalam.

Pada hari ini sidang Dewan telah bermula pada pukul 10.15 pagi, bagimanapun sidang Dewan tidak dapat berjalan dengan lancar disebabkan Adun-adun Pembangkang telah mengganggu perjalanan sidang Dewan.

Mereka meninggalkan tempat duduk mereka dan secara “biadap” menyerang Adun-adun Barisan Nasional serta Bebas dengan mewujudkan suasana haru biru dan tidak terkawal.

YB Sivakumar juga telah mengarahkan saya dan Exco-Exco serta 3 Adun Bebas keluar dari dewan dan beliau tidak mengiktiraf perintah - perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Adun-adun Pembangkang juga cuba menghalang Adun-adun Barisan Nasional menjalankan tugas kami sebagai ahli-ahli Dewan Negeri Perak. Sidang Dewan hari ini telah terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali bagi mengawal keadaan di dalam Dewan tersebut.

Pada jam 2 petang Dewan kembali bersidang dan Yang DiPertua YB R. Ganesan, telah mengarahkan YB Sivakumar untuk mengosongkan tempat duduk Speaker dan kembali ke tempat duduk ADUN yang biasa.

YB Sivakumar tidak mengendahkan arahan Speaker walaupun telah diberi amaran oleh Yang DiPertua YB R. Ganesan. Yang DiPertua YB R. Ganesan kemudiannya telah mengarahkan Bentara untuk mengiringi YB Sivakumar kembali ke tempat duduk ADUN biasa dan tidak diperdulikan beliau.

Bentara kemudiannya telah dikasari oleh beberapa ADUN Pembangkang dan berlaku pergelutan.

Yang DiPertua YB R. Ganesan tidak mempunyai pilihan lain utuk mengawal keamanan di dalam Dewan kecuali dengan mengarahkan pihak PDRM untuk membantu Bentara menjalankan tugasnya mematuhi arahan Yang DiPertua Dewan.

Ini termaktub di bawah Perkara 90 Perintah-perintah Tetap, yang menyebut “semua perkara yang tidak diperuntukkan dengan khususnya dalam perintah-perintah tetap hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan perintah-perintah tetap ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang DiPertua dari masa ke semasa.”

Dalam kejadian tadi tuan Yang DiPertua telah sedaya upaya menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan YB Sivakumar dari tempat duduk Yang DiPertua bagi melaksanakan tanggungjawab beliau.

Bagaimanapun YB Sivakumar tidak memberi kerjasama apabila Yang DiPertua YB R. Ganesan, mengarahkan beliau mengosongkan tempat duduk speaker dan pulang ke tempat duduk beliau sebagai Adun biasa.

Arahan ini telah diberikan dua kali, dan amaran juga telah tidak diendahkan oleh YB Sivakumar.

Yang DiPertua kemudiannya telah mengarahkan Bentara untuk melaksanakan tugasnya untuk mengosongkan kerusi speaker. Bagaimanapun Bentara telah dihalang dan dikasari dengan ditolak berkali-kali oleh Adun pakatan pembangkang sehingga pasu bunga hiasan berhampiran dengan tempat duduk DYTM bertitah pecah.

Oleh itu secara waras Yang DiPertua tidak ada cara lain untuk mengamankan keadaan di dalam Dewan kecuali meminta sokongan dari pihak Polis DiRaja Malaysia untuk membanru Bentara melaksanakan tugasnya.

Yang DiPertua R. Ganesan telah bersabar sejak 10.30am, iaitu selama lebih empat jam, dan menangguhkan Dewan sebanyak dua kali sebelum mengambil tindakan ini.

Saya juga ingin menyatakan kekesalan saya terhadap barisan pembangkang yang bertindak biadap dan kurang ajar di dalam dewan. Mereka bertindak menggunakan “undang-undang rimba”, serta tidak menghormati peraturan.

Mereka juga gagal menghormati institusi Raja kerana menyebab DYTM Raja Muda Perak terpaksa menunggu kerana menghalang YangDiPertua YB R. Ganesan menjalankan tugasnya dan menjemput Baginda untuk merasmikan sidang Dewan.

Pakatan pembangkang juga gagal meletakkan taraf Dewan sebagai institusi yang mulia kerana menjerit dan mengherdik ketika ia bersidang.

Walau bagaimanapun saya bersyukur akhirnya setelah Yang DiPertua, menjemput DYTM Raja Muda dan baginda memberikan titah ucapan baginda, keadaan menjadi terkawal dan aman.

Saya menjunjung kasih Tuanku dan juga berterimakasih atas sokongan padu seluruh rakyat negeri Perak.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli YB Barisan Nasional kerana bersabar dengan karenah pembangkang. Terima kasih saya juga kepada pihak Polis DiRaja Malaysia kerana menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Sekian.

takut terberanak jer kahkahkahkah

credit:kerabubersuara

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger