Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Saturday, May 22, 2010

Cita2 AS uTk meMoNopoLi miNyak duNia smaKin haMpiR..



foto dari satelit NASA yg menunjukkan limpahan minyak ke laut

kepingan dan bebola tar dipesisiran pantai Florida

Pakar2 menjangkakan dalam masa 10 hari pantai Florida akan pekat dgn minyak dan merebak ke pantai timur AS,

Terkini pihak BP yg bertanggunjawab membaik pulih kebocoran tersebut telah menggunakan tiub sifon sepanjang 1.6 km kedlm telaga yg bocor yang mana ianya hanya dapat mengurangkan 40% (2000 barrels) dari jumlah minyak yg keluar ke lautan. ini bagi menggantikan pelan yg gagal sebelum ini.

"operasi "TopKills" akan dilaksanakan dengan menggunakan gerudi gergasi kemudian kawasan yg bocor tersebut akan ditampal dan diisi dgn simen sepenuhnya, jikalau ini berjaya maka insiden ini akan berakhir." Doug Suttles, BP COO

Sama sama kita umat islam mendoakan ketidakberjayaan mereka dlm mengatasi masalah ini.. ;)



Monday, May 3, 2010

KEBOCORAN TELAGA MINYAK DI AS SEMAKIN PARAH








Ribuan/jutaan liter minyak berterusan melimpah keluar ke laut setiap hari. Dikatakan proses membaik pulih telaga minyak itu memakan masa 3 bulan. dan dalam tempoh itu minyak akan berterusan keluar.. setakat ini dijangkakan 6 Million liter minyak telah mengalir keluar semenjak 20 April lalu, menyebabkan pantai Florida dan lain2 telah dicemari minyak. Ini dikatakan merupakan bencana terbesar yg pernah melanda Amerika. sehingga kini minyak masih lagi keluar. Siapakah yg Maha Berkuasa utk menghentikannya?? selagi doa org yg dizalimi berterusan dimimbar khutbah seluruh dunia dan mimbar Makkatukmukarramah selagi itu AS akan ditimpa bencana. Siapakah Obama utk memberi janji utk mengatasinya??



http://english.aljazeera.net/news/americas/2010/05/201052212350825553.html

Thursday, April 29, 2010



http://ikhwanweb.com/index.php
Plans for Egypt 's Shura elections underway

A governmental vote will be held in June, as an initial measure to establish whether authorities will concede to the participation of opposition groups in particular the Muslim Brotherhood more say.

The Egyptian President Hosni Mubarak, who has not maintained his intentions regarding the upcoming presidential elections, has issued an order calling elections for 88 members of the Shura Council. Most of the members are from the ruling National Democratic Party. The remaining members are to be elected. Laws are usually reviewed by the council before referring them to the People's Assembly for the final say.

Egypt 's largest and most influential opposition the Muslim Brotherhood, are expected to run for seats. MB members will run as independents since they are officially banned despite boasting a positive presence in the community. The group which adheres to non-violent measures were not only blocked from running in the last Shura election in 2008 they were unable to file their applications.

The recent crackdown on the MB group and continued arrests has come to be the norm in Egypt where the regime targets the group whenever there are elections. The arrests are an effort to intimidate other opposition.

Sunday, April 11, 2010

Sunday, March 28, 2010

Gelora Iman Dikala Usia Muda


Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah, mengucap syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam, tidak lupa, sama-sama untuk memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wassalam. hari-hari yang sentiasa tidak kita dketahui akan perihal cubaan dan dugaan ini, sama-sama kita tempuhinya dengan nilai iman dan taqwa yang sentiasa meningkat dari hari ke hari. InsyaAllah..

Seorang muslim yang sejati akan sensatif apabila disebutkan kepadanya berkaitan nilai redha Allah S.W.T. Dan pada hakikat kehidupan umat manusia yang muda usianya di hari ini yang begitu mencabar akan perihal hidupnya, terus di uji dengan keseronokan-keseronokan yang membuatkan hilang pedoman hidup dan dalam masa yg sama hilangnya nilai agama dalam diri. Seseorang pemuda yang betul-betul mencari agama akan terus dihimpit kesukaran dan kesengsaraan yang tidak akan putus kunjung tibanya, tetapi tiada baginya untuk diendahkan, nilai keimanannya menangkis segala macam bentuk keresahan disebabkan hatinya sudah terpaut akan cinta pada Tuhan dan perjuangan agama yang dibawanya, dan telah terpancar akan janji-janji Allah dihadapannya tanpa hijab.

Di dalam sebuah hadith sahih yang masyhur bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di bawah teduhan rahmat-Nya; pemerintah yang adil, pemuda yang menggunakan masa muda remajanya dalam beribadah kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah- mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita lalu dia berkata,’sesungguhnya aku takutkan Allah’, seseorang yang member sedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah S.W.T berseorangan diri sehingga berlinangan air matanya.” (riwayat al-Bukhari, Muslim)

Daripada sabda Rasulullah ini dapat kita fahami, Allah telah mengangkat darjat satu dari tujuh golongan yang mendapat lindungan Allah dengan teduhan rahmat-Nya diakhirat kelak ialah pemuda. Tidak diragui lagi akan kebangkitan golongan pemuda dari kalangan sahabat-sahabat baginda yang mempunyai jiwa yang besar dan ketaatan kepada Allah. Sejarah menceritakan bagaimana hebatnya pencarian redha Allah dikalangan sahabat-sahabat nabi yang pada usia muda nya telah mencapai hakikat iman dan jihad yang paling tinggi. Betapa tubuh-tubuh kecil ini boleh membuatkan orang dewasa pada zaman kita hari ini menundukkan muka kerana malu..
Al-Tabrani meriwayatkan bahawa Abdullah bin Zubair r.a dan Abdullah bin Ja’far r.a berbaiah kepada Nabi S.A.W ketika mereka baru berusia 7 tahun. Ketika Rasulullah S.A.W melihat keduanya, Baginda tersenyum dan menghulurkan tangan Baginda, lalu membaiah kedua-duanya.

Besarnya jiwa sahabat-sahabat yang diusia sekecil itu mampu melontarkan setinggi-tinggi keyakinan akan hakikat perjuangan yang jelas dihadapan mereka untuk meraih redha Allah semata-mata.
Dikeluarkan oleh ibn ‘Asakir daripada Sa’ad bin Abi Waqqas r.a , katanya : “Rasulullah S.A.W mengembalikan adikku ‘Umair bin Abi Waqqas kepadaku dari medan pertempuran Badar kerana dia masih kecil.” Lalu ‘Umair pun menangis memohon supaya Nabi S.A.W mengizinkannya keluar berjihad di jalan Allah. Akhirnya Rasulullah S.A.W telah memberikan keizinan. Kata Sa’ad “maka aku pun mengikatkan sarung pedangnya kepada tubuhnya. Dia telah menyertai perang Badar. Ketika itu dia hanya mempunyai sehelai janggut yang sering aku usap dengan tanganku.”
Di dalam kitab al-Isabah dinyatakan, sebelum ‘Umair dilarang oleh Rasulullah S.A.W, dia dengan sembunyi-sembunyi telah cuba menyelinap ke dalam barisan para sahabat. Apabila Sa’ad melihatnya, beliau bertanya lalu di jawab oleh ‘Umair r.a, “aku takut Rasulullah S.A.W melihatku, lalu aku akan dihalangi kerana aku masih kecil, sedangkan aku amat cinta untuk bejihad, agar Allah mengurniakan syahid kepadaku.” Ibn Saad dan al-Bazzar meriwayatkan Sa’ad r.a menyatakan,, akhirnya ‘Umair r.a syahid ketika usianya sekitar 16 tahun.

Apakah sebenarnya yang telah bergelora dalam hati seorang remaja yang umurnya belasan tahun ni? Benarlah , sekali iman telah menjalar segar di dalam diri seseorang , segalanya sedia di korbankan demi menyempurnakan tuntutan iman. Wallahua'lam..

(dipetik dari majalah SOLUSI)
Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger