Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, June 15, 2009

Pelbagai Kaum mendapat layanan yang sama


KOTA BHARU, 14 Jun: Rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang.
Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.



Demikian jaminan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kwan Yew, yang bertanya Nik Aziz sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Katanya lagi, kehadirannya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu.

Bahkan, menurutnya antara negara pertama yang dilawatinya sewaktu mendapat mandat sebagai Menteri Besar adalah Negara China yang berbanding negera lain memandangkan negara tersebut menerima Islam sejak awal berbanding Tanah Melayu.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung hampir sejam di pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim itu Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajarannya, Ng Eng Hen di samping beberapa orang pegawai dari Kedutaan Singapura.

Turut hadir mengiringi Nik Aziz selain Setiausaha Politik, Haji Annual Bakhri Haroun dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah ialah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar dan Datuk Anuar Tan Abdullah.


Antara cadangan Kerajaan Perpaduan



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya," katanya dalam laporan Bernama.


"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.

Katanya, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai “boneka Umno”.

Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.

Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut.


-----------------------------------------------------------------

Tuan guru Presiden hanya melontar idea kerajaan Perpaduan.Dan perkara ini masih dalam peringkat cadangan.Jika ada cadangan yang lain atau tidak berapa setuju, Boleh diberikan pendapat yang lain dengan menggunakan saluran yang betul.

Isu kerajaan perpaduan ini masih belum diputuskan dalam majlis syura Ulama.
Jadi semua orang boleh memberi pandangan masing2.

PAS kutuk serangan di Selatan Thailand

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - PAS mengutuk keras serangan yang dilakukan ke atas umat Islam di selatan Thailand.
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan keganasan tersebut.

"PAs mengutuk serangan yang berlaku di Selatan Thailand dan amat kecewa dengan apa yang berlaku.


Malaysia hormati dasar Asean, amal sikap berkecuali



KUALA LUMPUR: – Malaysia berpendirian tidak akan campur tangan dalam hal domestik Thailand berikutan kejadian 11 jemaah terbunuh dalam serangan kumpulan bersenjata di Selatan negara itu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati dasar-dasar Asean yang mengamalkan sikap berkecuali dan tidak mencampuri urusan domestik negara anggotanya.

“Serangan yang menyebabkan kematian 11 jemaah baru-baru ini adalah masalah domestik mereka, Malaysia tidak akan campurtangan dalam apa jua masalah negara luar termasuk Thailand demi menjaga hubungan baik Malaysia dengan negara luar,” katanya ketika menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Latihan Pembantu Jururawat Beliawanis Selatan Thailand bertempat di Hotel Nikko di sini.

ada dua versi yang berbeza.... renung2kanlah.....


Saturday, June 13, 2009

Pertemuan antara Presiden PAS dan menteri mentor Singapura Mr Lee Kuan Yew


Tuan Guru menyampaikan cenderamata dari PAS kepada Mr Lee Kuan Yew. Dari kiri : Dr Ahmad Samsuri, Mr Lee Kuan Yew, Dr Dzulkifli, Tuan Guru Presiden PAS, Ustaz Nasharudin dan Dato’ Mustafa Ali.



Satu pertemuan dan perbincangan selama satu jam telah berlansung dalam suasana yang penuh harmoni di antara delegasi dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang diketuai oleh Tuan Guru Presiden dengan rombongan Menteri Mentor Singapura telah diadakan pada 10 Jun 2009, di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kunjungan dari PAS ini adalah di atas jemputan khas Mr Lee Kuan Yew yang ingin bertemu dengan Tuan Guru Presiden PAS.


Sepanjang perbualan di antara kedua-dua pemimpin ini, mereka telah membincangkan isu perpaduan serantau dan kesannya terhadap keharmonian dalam negara Malaysia dan Singapura. Isu-isu kepentingan ekonomi dan keperluan mempunyai sebuah kerajaan yang bersih dan adil juga dibincangkan. Tuan Guru Presiden PAS juga telah menjelaskan dengan panjang lebar kepada Mr Lee Kuan Yew mengenai pandangan Islam terhadap krisis keharmonian yang sedang melanda negara-negara di rantau ini dan bagaimana Islam mengiktiraf kepelbagaian kaum, budaya dan agama dalam sesebuah negara termasuklah Malaysia ini. Seterusnya Tuan Guru menjelaskan bahawa PAS yang telah menjadi kerajaan di Kelantan dan Terengganu telah menunjukkan sikap toleransi dan keadilan universal Islam terhadap masyarakat pelbagai agama dan keturunan. Mr Lee Kuan Yew juga menerangkan bagaimana Singapura dibangunkan dan keharmoniannya dijaga hingga ke hari ini. Dalam pertemuan ini juga, Mr Lee Kuan Yew melahirkan harapannya agar pertemuan dan perbincangan lanjut antara PAS dan pimpinan negara Singapura yang mampu mewujudkan suasana saling faham memahami haruslah diteruskan. Beliau juga bertanyakan bentuk kerajaan dan sikap PAS terhadap Singapura sekiranya PAS berjaya memerintah di peringkat persekutuan bersama dengan Pakatan Rakyat.


Antara yang turut serta dari pihak kerajaan Singapura dalam pertemuan itu ialah Dr Ng Eng Hen (Menteri Pendidikan Singapura), Mr Tharman Shanmugaratnam (Menteri Pertahanan Kedua), RADM Lui Tuck Yew (Pemangku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Seni), MASAGOS Zulkifli BMM (Setiausaha Parlimen Kanan : Kementerian Pendidikan dan Dalam Negeri), dan Duta Singapura ke Malaysia iaitu Mr T Jasudasen.


Selain dari Tuan Guru Presiden, turut serta dalam pertemuan itu dari pihak PAS ialah YB Ustaz Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS), Dato Mustafa Ali (Pengerusi Harakah), YB Dr Dzulkifli Ahmad (MP Kuala Selangor) dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Setiausaha Politik Presiden PAS)

ADUN P.Pinang Rela Lepaskan Jawatan


ADUN P.Pinang Rela Lepaskan Jawatan Jika Tuduhan Rasuah Dibukti tapi Ali rostam tidak.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada Setiausaha Agung Parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.


Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Guan Eng meminta surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).

"Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti," Katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.

Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.

Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan berkenaan meminta parti menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya.

"Saya berbesar hati untuk mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada kepimpinan parti kerana parti mempunyai hak untuk bertindak terhadap rasuah," katanya.

Guan Eng berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus, untuk menyiasat perkara itu dan tindakan tegas akan diambil jika ada sebarang salah laku.

Tan didakwa telah menuntut RM2,000 daripada Pejabat Daerah untuk set televisyen dan pemain cakera padat yang hanya bernilai RM450. Beliau menafikan segala tuduan itu sebagai tidak berasas.





renung2kan lah....
Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger